Sumbangan Tokoh Islam Dalam Bidang Sains Gunaan
PENGENALAN
Tamadun Islam sememangnya amat menitikberatkan kerohanian dan keduniaan
untuk mencapai sebagai sebuah kota yang tinggi dengan ahlak yang tinggi.Tamadun
Islam telah melahirkan ramai sarjana Islam
muda yang telah menghasilkan karya-karya yang hebat dan telah menjadi
rujukan dan panduan di seluruh dunia. Dalam blog ini menceritakan mengenai 4
tokoh yang terkenal dalam tamadun Islam terdahulu dengan menceritakan sedikit
mengenai riwayat hidup dan sumbangan 4 tokoh tersebut. Diharapkan sumber bacaan
tulisan ini boleh menjadi inspirasi dan pencetus kejayaan dalam kehidupan kita.
OBJEKTIF
Kami membuat blog ini dengan matlamat:-
1. Supaya anak muda zaman sekarang mengenali
tokoh-tokoh Islam terdahulu.
2. Supaya manusia tahu dari mana bermulanya
sejarah sains.
3. Menghargai jasa tokoh Islam terdahulu dan
suapaya mereka tidak
dilupakan.
TOKOH-TOKOH ISLAM:-
Riwayat
hidup ..
Ibnu
Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah,
Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan
bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun.
Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar
sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu
kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah
dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi
doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya
menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada
Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana
terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada
kedudukannya sebagai menteri. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah
bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan. Ibnu Sina meninggal pada usia 58
tahun dalam suatu perjalanan bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan.
Sumbangan:
Ibnu
Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal
ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya
ini menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi
sumbangan kepada tamadun Islam.Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan
beliau dapat menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
Selain itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina membangunkan
teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan dan mencipta picagari dan lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan
dan teori perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. Ibnu
Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih
kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya.Ibnu Sina juga banyak telah
menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam
bidang falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains
politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for
Oriental Studies di Kaherah, Mesir.
2. Al-Khawarizmi Ahli Matematik
Riwayat hidup..
Nama sebenar al-Khawarizmi
ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu
Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali
di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi,
al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
Beliau
telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi
telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan
al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain
menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal
tahun 266H/850M di Baghdad.
Sumbangan:
I.
Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi.
II.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan
matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya
merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan
yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
III.
Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam
sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh
sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah
menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.
3. Al-Jazari Tokoh Kejuruteraan Arab.
Riwayat
hidup..
Nama
ini berdasarkan kepada tokoh jurutera arab yg bernama Ismail ibnu'r-Razzaz. Al-Jazari,yang
hidup pada kurun ke12 masihi, pakar bidang mekanik khususnya bidang hidraulik
dan dinamik. Dia mempraktikkan ilmu yg diketahuinya dgn sistem paip air dalam
rumah menggunakan tangki air spt zaman sekarang,sistem lampu menggunakan lilin
yg mula menyala pd malam hari sahaja dan tidak terpadam oleh deruan angin kuat
pd musim dingin, sistem kawalan dan pacutan air di ladang,Pernah berkhidmat utk
pemerintah kota kaifan yg berada di sebelah timur Sungai Dajlah (sempadan syria
dgn turki) Amir al-Artuqi Nasiruddin, Raja Diyar Bakr.Beliau merupakan mekanik
dan jurutera yang mahir, seorang yang praktikal, bertanggungjawab melatih para juruteknik/tukang
supaya lebih mahir danbekebolehan.
Sumbangan:
Merekabentuk
dan menghasilkan sistem mengangkat barang-barang berat dari kapal ke pelabuhan
dan dari pelabuhan ke kapal, pancutan air yg mengeluarkan bunyi yg merdu dan
pelbagai, sistem wudhuk automatik dan istimewa, sistem pam air utk mengepam air
dari dalam tanah, pelbagai aneka jenis
jam yg menarik menggunakan kuasa air, lilin,cahaya matahari, alat2 mekanik, balai
pencerapan bintang Samira. Menghasilkan buku2 kejuruteran, Kitab fi Ma'rifati'l-Hiyal
al -Handasiyyah (Kejuruteraan Mekanikal)
dan Kitabu'l-Hiyal fi'l Jam' Baina'l-ilm wa'l-Amal (Pertautan antara Ilmu
dengan Amal). Buku2 ini mengandungi bhg penting:Handasatu'l-Mawni (Hidraulik)
dan Handasatu'l-Harakah (Gerakan). Buku ini mengandungi dan membahaskan tentang
perkembangan ilmu mekanikal orang greek
terdahulu sehingga zamannya (kurun 12 masihi) beserta pandangan dan
fikiran beliau dgn hidayah Allah SWT.
4. Ibnu Haitam Tokoh Saintis Islam.
4. Ibnu Haitam Tokoh Saintis Islam.
Riwayat hidup..
Nama sebenar al-Khawarizmi
ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu
Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali
di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi,
al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
Beliau
telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi
telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan
al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain
menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal
tahun 266H/850M di Baghdad.
Sumbangan:
I.
Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi.
II.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan
matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya
merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan
yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
III.
Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam
sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh
sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah
menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini. Ini
adalah karya beliau Maqalah
fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat
al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah
bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan
langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar
Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat
al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian
ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu
fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir
keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.
RUJUKAN
RUJUKAN
1.
Mustafa Hj. Daud. 1999. Tamadun Islam. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd.
2.
Jun 2013. Pengajian Tamadun Islam. Melaka. Unit Pendidikan Islam dan Moral.
3.
Ahmad Baharuddin Abdullah. 2007. Kerjaya Dalam Bidang Kejuruteraan Edisi Kedua.
Kuala Lumpur. Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
KESIMPULAN