Tuesday 27 January 2015





Sumbangan Tokoh Islam Dalam Bidang Sains Gunaan





PENGENALAN

Tamadun Islam sememangnya amat menitikberatkan kerohanian dan keduniaan untuk mencapai sebagai sebuah kota yang tinggi dengan ahlak yang tinggi.Tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana Islam  muda yang telah menghasilkan karya-karya yang hebat dan telah menjadi rujukan dan panduan di seluruh dunia. Dalam blog ini menceritakan mengenai 4 tokoh yang terkenal dalam tamadun Islam terdahulu dengan menceritakan sedikit mengenai riwayat hidup dan sumbangan 4 tokoh tersebut. Diharapkan sumber bacaan tulisan ini boleh menjadi inspirasi dan pencetus kejayaan dalam kehidupan kita.

OBJEKTIF

Kami membuat blog ini dengan matlamat:-
1. Supaya anak muda zaman sekarang mengenali tokoh-tokoh Islam terdahulu.
2. Supaya manusia tahu dari mana bermulanya sejarah sains.
3. Menghargai jasa tokoh Islam terdahulu dan suapaya mereka tidak 
dilupakan.

TOKOH-TOKOH ISLAM:-

1. Ibnu Sina Bapa Perubatan Dunia.

Riwayat hidup ..

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan. Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan.

Sumbangan:

Ibnu Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam.Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan beliau dapat menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Selain itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari dan lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya.Ibnu Sina juga banyak telah menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir.


2. Al-Khawarizmi Ahli Matematik

Riwayat hidup..

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
       Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Sumbangan:

      I.            Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
  II.            Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
III.            Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.


3. Al-Jazari Tokoh Kejuruteraan Arab.


Riwayat hidup..

Nama ini berdasarkan kepada tokoh jurutera arab yg bernama Ismail ibnu'r-Razzaz. Al-Jazari,yang hidup pada kurun ke12 masihi, pakar bidang mekanik khususnya bidang hidraulik dan dinamik. Dia mempraktikkan ilmu yg diketahuinya dgn sistem paip air dalam rumah menggunakan tangki air spt zaman sekarang,sistem lampu menggunakan lilin yg mula menyala pd malam hari sahaja dan tidak terpadam oleh deruan angin kuat pd musim dingin, sistem kawalan dan pacutan air di ladang,Pernah berkhidmat utk pemerintah kota kaifan yg berada di sebelah timur Sungai Dajlah (sempadan syria dgn turki) Amir al-Artuqi Nasiruddin, Raja Diyar Bakr.Beliau merupakan mekanik dan jurutera yang mahir, seorang yang praktikal,  bertanggungjawab melatih para juruteknik/tukang supaya lebih mahir danbekebolehan.

Sumbangan:


Merekabentuk dan menghasilkan sistem mengangkat barang-barang berat dari kapal ke pelabuhan dan dari pelabuhan ke kapal, pancutan air yg mengeluarkan bunyi yg merdu dan pelbagai, sistem wudhuk automatik dan istimewa, sistem pam air utk mengepam air dari dalam  tanah, pelbagai aneka jenis jam yg menarik menggunakan kuasa air, lilin,cahaya matahari, alat2 mekanik, balai pencerapan bintang Samira. Menghasilkan buku2 kejuruteran, Kitab fi Ma'rifati'l-Hiyal al -Handasiyyah  (Kejuruteraan Mekanikal) dan Kitabu'l-Hiyal fi'l Jam' Baina'l-ilm wa'l-Amal (Pertautan antara Ilmu dengan Amal). Buku2 ini mengandungi bhg penting:Handasatu'l-Mawni (Hidraulik) dan Handasatu'l-Harakah (Gerakan). Buku ini   mengandungi dan membahaskan tentang perkembangan ilmu mekanikal orang greek  terdahulu sehingga zamannya (kurun 12 masihi) beserta pandangan dan fikiran beliau dgn hidayah Allah SWT.

4. Ibnu Haitam Tokoh Saintis Islam.




Riwayat hidup..

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
       Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

Sumbangan:

      I.            Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
  II.            Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
III.            Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini. Ini adalah karya beliau Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

RUJUKAN


1. Mustafa Hj. Daud. 1999. Tamadun Islam. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
2. Jun 2013. Pengajian Tamadun Islam. Melaka. Unit Pendidikan Islam dan Moral.

3. Ahmad Baharuddin Abdullah. 2007. Kerjaya Dalam Bidang Kejuruteraan Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Islam sememangnya telah banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan sains gunaan dalam tamadun Islam. Hal ini telah membuatkan tamadun Islam pada ketika itu disegani oleh tamadu-tamadun yang lain. Ianya membuatkan tokoh-tokoh Islam pada ketika itu terkenal dan disegani sehingga hari ini. Hasil daripada kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam telah menjadikan tamadun Islam pada waktu itu sebagai rujukan kepada seluruh dunia dan diumpamakan sebagai gedung ilmu hasil daripada karya-karya dan tulisan mereka. Oleh itu, jadikanlah tokoh-tokoh Islam ini sebagai contoh untuk kita berjaya, sesungguhnya Allah itu akan maha pemurah lagi maha menyayangi.




6 comments:

  1. Saya tertarik dengan tokoh Al-Jazari Tokoh Kejuruteraan Arab yang menghasilkan sistem whuduk automatik, boleh saudara perincikan bagamana ia berfungsi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia berfungsi same seperti sistem wudhuk automatik ia ada pada zaman sekarang

      Delete
    2. mesin whuduk automatik berfungsi mengeluarkan sejumlah air pada jangka masa yang tetap untuk mengambil whuduk, ini adalah mungkin melalui penggunaan awal sistem automatik. Contoh boleh didapati di taman-taman berlandskap Islam

      Delete
  2. Assalamualaikum w.b.t , nama saya Mohd Shafie bin Mohd Ghazali . Pada pendapat saya , ia bukan lah seperti sistem wudhuk automatik pada masa kini . Pada masa kini , ia lebih menggunakan sistem sensor eletronik . Bagi saya , apa yang dimaksudkan dengan sistem whuduk automatik pada ketika itu adalah ia tidak lagi menggunakan tenaga manusia ataupun haiwan . Ini adalah cara ia berfungsi . Penggunaan air dibentuk dalam dwifungsi , arus air menjadi penolak alat takungan ke kedudukan atas berulang kali dengan bantuan graviti , sambil saliran air disalurkan untuk keperluan sendiri . sekian :)

    ReplyDelete
  3. bagi saya, mesin wudhuk automatik ini dicipta bagi meminimumkan penggunaan air pada masa itu sekaligus ia juga dapat mengelakkan pembaziran setiap kali mengambil wudhuk.

    ReplyDelete
  4. Casino Site: Review & Login Guide - Choices Casino
    Casino Site: Review & 1xbet korean Login Guide. Choose the choegocasino Best Casino kadangpintar Site for your needs right now. We will give you our honest opinion on the Casino.

    ReplyDelete